Wednesday, March 4, 2009

kadang kadang...

kadang2 tak semua benda yang kita inginkan akan jadi milik kita..

kadang2 tak semua milik kita akan jadi milik kita buat selamanya..

kadang2 tak semua yang bakal menjadi milik kita akan terus menjadi milik kita..

 

sesungguhnya Allah yang MAHA Mengetahui..kita sebagai hambaNYA kenalah redha dan terima ketentuan NYA..walau seberat mana dugaan yang kita terima & hadapi..pasti ada hikmah disebalik semuanya itu..Jika Allah memberi dugaan pada kita, semestinya ALLAH tahu yg kita akan dapat pikul dan terima  dugaan tu..

 

adakalanya orang yg dekat dengan kita pun tak mengerti hati dan perasaan kita..apatah lagi org yg jauh dengan kita.. begitu pun dengan sahabat, teman, kawan atau apa2 lah..walaupundia sgt dekat dan akrab dengan kita, tak semestinya dia akan faham situasi atau keadaan semasa kita. 

 

Kadang kala juga.. orang yg selalu memuji kita itu lah yg satu hari nnt akan kutuk2 kita..

kadang kala juga orang yg kita benci akan membantu kita ketika kita dalam kesusahan..

 

hidup ini bagaikan roda.. terkadang diatas terkadang dibawah.. terima lah hakikat sekiranya sesuatu musibah yg menimpa disaat anda sedang menerima kemashuran..

 

 

hati & perasaan ini adalah bagaikan bunga segar.. jika dijaga ia akan segar jika dibiarkan akan layu..

 

begitu juga aku dan diriku....kdg2 aku gembira..kdg2 ak sedih.. tapi bila sesuatu yg terjadi akan kerap aku fikirkan..kenapa aku? kenapa sesuatu yg terjadi itu menimpa aku??kenapa bukan org lain..ada teman yg mengatakan aku seorg yang tabah dlm menghadapi dugaan.. tapi kebenaran nya, aku ialah lemah..aku lemah..ak tak boleh menerima kenyataan hidup ini.. aku sering menangis sendirian..aku meraung mengenangkan nasib anak2 ku itu.. apalah daya aku utk melawan takdir ALLAH..biarpun aku sedih hingga ke hari ni masih meratapi kenangan itu, namun tidak sekali2 aku tunjukkan pada suamiku kerana dialah insan yg menyayangiku, menceriakn ku, menasihatiku, dan sanggup berkorban utkku..biarpun aku ceria bila bertemu teman2 bercakap senyum dan ketawa.. tetapi sesungguhnya ak tak mahu mereka tahu dan rasa kesedihan aku..biarlah aku pendam dan simpan segala ksah duka aku..hanya aku..hanya aku yg tahu perit dan deritanya dugaan ini.. DAn hanya dengan menulis di blog2 atau di panel2 sahaja yg dapat aku luahkan isi hatiku....biarlah..biarlah aku yg sedih..aku tak mahu org2 yang menyayangiku dan org disekelilingku merasa kesedihan ku ini... 

 

Monday, March 2, 2009

Cerita Ceriti..

""kompang dipalu..pengantin malu.. duduk bersanding..tersipu malu..."

Sabtu yg lepas 28 feb 2009, sorang lagi member x- unit IT (skrg unit it da xde!) abg fadhil melangsungkan pernikahannya besama pilihan hatinya, Pn Shapiah.. majlis berlangsung di uma pengantin perempuan. Ak g ngan hubby, tunggu kak dini & kak jun kat shell dpn astana moda (ingatkan nk singgah balik tu.. nk tgk tudung..tapi hubby dok jeling2 bg "sign" ..hihi.. follw kete kak dini g uma abg fadil.. jauh juga la uma pengantin..Sampai sna kul 3ptg, pengantin da selesai bersanding... Seronok g uma pengantin yg ni.. cantik pelamin diorg!! pastu yang uniknya majlis kawin derang ni, ialah mereka masih pakai cara berhidang masa makan..kaloo skrg ni da mkn buffet @layan diri tapi di Umbai ni masih lagi pakai cara tradisional.. unik betul..! kendarat pun ramai yg ada..kira mcm mkn masa dulu2 la.. Nasi dan lauk pun masak pakai dapur kayu..terasa bau asap lagi..memg sedap lah mkn kat situ..sbnrnya da lama tak rasa suasana mcm ni..kire mcm da blk kg la nih...lps jamu selera, sessi bergambar la pulak.. bese la tu..bila da lama tak jmpa, mcm2 cerita la nk diboraknya, yg hadir ptg tu wan, abg asri, pejul, fairus, kak ag, kak maznah, kak dini & family, ak & hubby, kak jun...seoronok tgk org kampung bergotong royong utk majlis ni.. pastu mak pengantin pun baik & sporting..

dalam jam 4.10ptg..ak dan kak dini gerak utk balik.. sbb da ptg..abg pun da berdehem2 sbb da ptg sgt.. pastu.. lps solat di surau berdekatan, abg ajak g melaka mall..dia kata da lama tak g sana..(tempat dating dulu2)..! smpai sana...da rintik2 nk ujan.. seb baik abg ada bw sweater!.. pastu kebetulan ada poster "Geng..Upin & Ipin" terus abg ajak g tgk..smpai kat kaunter da kul 5.. ada je show time tu tapi da penuh..terpaksa lah tggu jam 7ptg nnt..huhuhu punyalah busan tunggu! kitorg pun jalan2 la dulu, pastu abg g solat asar.. ade band buat show kat situ..besh aa sore bdak pempuan tu..pandai dia nyanyi lagu "miraie" sedap gak.. pastu singgah parkson..duk jamu mata sambil beli brg2 berkebun.. cantik pasu cactus kat sni.. tapi tak beli sbb abg tak ske tanam kaktus..huhuhu sedeh! jalan2 jmpa kedai tudung yg mcm ekin pakai tu..murah gile kat sni.. baru RM7!! padahal kalau kat masjid tanah da RM 10.00!! beza smpai 3hinggit..huhuh..apa lagi duk try satu2..aku beli 3 helai.. 2 yg biasa 1 yg ada selendang..murah la tudung kat sni..byk pilihan pulak tu..hajat dihati nk beli byk..tapi big boss mcm marah je..

jam 6.50ptg terus g MBO.. da beratur da org nk in seating masa tu.. ak pu beratur sama..abg lak g beli popcorn..dia tau ak ske popcorn..hihi sayang abg!!

jam 9.00mlm.. baru ak dn hubby gerak blk masjid tanah, smpai uma, mandi dan mkn skit..sbb nasi da masak tghari sblm g uma kawin tu.. pastu ak lipat bju skit..pastu tgk tv.. kul 12 gak tdo..sbb tgk tv3..

oklah..nnt gambar2 ak upload kemudian sbb tggu sis dini bagi,...hihihi

P/S: kamera aku, aku bawa tapi da dlm keta baru chck...rupanya bateri tade!! hangin aku..

Sunday, February 8, 2009

Sesuatu Yang Hilang....

Hari ini, hari yang ke 23.. Hari hari yang berlalu dan mendatang.. aku hitung..setiap waktu yang berlalu.. 
Tiada satu minit dalam hati ini yang berbekas.. semua nya berlalu pergi.. tiada kesan waktu..tiada kenangan..cuma saat saat yang terlepas pergi dari ingatan.. aku tinggalkan dari ingatan tanpa kenangan dlm hati..


Sebelumnya hari dan 17 Januari 2009

Aku..
Aku masih mencuba..
untuk..untuk lupakan.. tinggalkan kenangan yang lalu.
Tapi..Aku..aku insan yang lemah.. yang tak bisa melawan takdir dari Allah..Yang MAha Esa..
Aku.. masih ingati setiap detik2 dan saat pahit itu.. aku yang kandungkan Qistina.. aku yang lahirkan dia..Bayiku masih bergerak ketika itu.. namun apakan dayaku.. Qistina cuma 22 minggu..dia tak mampu menangis..dia sempurna, sangat sempurna, matanya, hidungnya, mulut, telinga, jemarinya.. aku cium dia..aku sentuh jemari dan tubuh kecilnya, dia cuma seberat 250gm..dalam keperitan seksaan jiwaku..aku kecewa, doktor pun tidak dpt menyelamatkan dia..anakku.. Qistina Hanani..dia masih bergerak dan jantungnya masih berdegup namun.. Allah lebih sayangkan dia...dia diambil dariku..


Qada’ dan Qadar, Dugaan dari Allah untukku dan suami..

Sudah 18 hari Qistina Hanani meninggal kan aku dan ayahnya.. terasa kosong hati ini.. sayu hati ini mengenangkan anakku ini. Saat aku mengetahui yang aku hamil kali kedua (selepas 4 bulan kehilangan Haikal) aku & suami adalah org yg paling bahagia dalam dunia.. namun..apakan daya kegembiraan yang sangat aku dambakan dipinjamkan seketika sahaja oleh Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.. Aku Redha dalam kesedihan, kepiluan dan terlalu memikirkan kenapa aku yang dipilih Allah untuk menerima dugaan sebesar ini.. Apakah salah aku dan suamiku..apalah dosa si kecil itu.. Aku.. ibunya.. tersangat mendambakan suara tangisan si kecil itu.. tapi apa yg aku dapat ialah hanya tangisan ku sendiri!! aku terus dirundung malang.. aku tak terdaya menanggung dugaan MU YA Allah!! aku tak mampu!! aku tak mampu menanggung segala seksaan jiwa ini.. Ya Allah!… Ampunkan aku Ya Allah Ampun kan segala kekhilafan ku ini!! sesungguhnya aku insan dan hambamu yg sgt kerdil!! yang terlalu inginkan keredhaan mu! Ya Allah… hanya pada MU aku memohon! aku merayu! Hilangkan lah duka hati hambamu yg kerdil in!

Doa Dari Hati Seorang Ibu Yang Terluka….


Doa Dari Hati Yang Terluka…

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang Ya Allah….

Seandainya telah Engkau catatkan…. 
Dia milikku tercipta buatku…. 

 

Ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi….

Seandainya telah Engkau takdirkan …. 
Dia bukan milikku…. 
Bawalah dia jauh dari pandanganku…. 
Luputkanlah dia dari ingatanku…. 
Dan peliharalah aku dari kekecewaan… 
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…. 
Berikanlah aku kekuatan…. 
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…. 
Hilang bersama senja yang merah…. 
Agarku sentiasa tenang…. 
Walaupun tanpa bersama dengannya… 
Ya Allah yang tercinta…

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… 
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…. 
Adalah yang terbaik untuk ku… 
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui…. 
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…. 
Ya Allah…..

 Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…. 

Di dunia dan di akhirat…. 
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini… 
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian…. 
Di dunia ini mahupun di akhirat… 

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…. 
Ya Allah…..

Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat… 
Dan peliharalah kami dari azab api neraka….

AMIN…AMIN…AMIN…. Ya rabbal ‘aalamiin…Ya Allah..Bantu la HambaMu yang Naif ini..

Anakandaku, Muhammad Haikal B. Murshidi & Qistina Hanani Binti Murshidi, ibu terlalu rindu anak – anak ibu!! Terlalu rindu sayang! Ibu merana.. ibu kecewa.. ibu sayang sangat anak – anak ibu!! Ibu sentiasa mendoakan anak anak ibu akan sentiasa bahagia disana..

 

 Matahariku..

“Tertutup sudah pintu, pintu hatiku, yang pernah dibuka waktu hanya untukmu, kini kau pergi dari hidupku..Ku harus relakanmu walau aku tak mahu..”

“berjuta warna pelangi didalam hati, sejenak luluh bergeming menjauh pergi, tak ada lagi cahaya suci, semua nada beranjak aku terdiam sepi..”

“Dengarlah Matahariku, suara tangisanku, kubersedih..”

“ucapkan Matahariku puisi tentang hidupku..tentang aku yang tak mampu..menaklukan waktu…”

| Lirik Lagu ni buat aku sgt sedih.. bila ak dengar tone lagu ni pun buat ak menangis..sedih sgt2.. tentang hidup.. tentang kasih sayang..yang berlalu pergi.. tentang anak2 ku yg pergi meninggalkanku dan ayahnya. Entah bila atau sampai bila harus ak tangisi..tapi inilah hakikat nya.. takdir aku.. Aku tahu aku harus lupakan semua ini tapi aku tak berdaya, hanya mulutku saja yg mengatakan ak redha dan aku mampu bertahan tapi hakikatnya.. aku simpan dalam hati aku. hingga kadang ak meraung sendirian mengenangkan anak2 ku itu.. Betapa ak amat sayangkan Muhammad Haikal dan Qistina Hanani. Cuma Allah yang tahu perasaan dalam hati aku.. aku tak sampai hati nk buat suamiku sedih.. kasihan dia.. dia sangat sedih dan bila aku bercerita pada dia tentang kesedihan aku mengenai anakanda2 kami, dia akan sedih dan menangis..aku tak sanggup lihat kesediahn dan air mata suamiku.. sesungguhnya Allah telah kurniakan aku seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab dan sangat setia pada saat aku lemah dan tak terdaya. Aku tahu dia sedih, tapi ak tanak tambah lagi kesedihan hati dia, aku pura2 gembira, supaya dia tak sedih. Buat masa ini memg ak sentiasa buat semua kerja rumah, aku buat2 sibuk, kemas rumah, masak, aku kemas almari dan buat mcm2 keja supaya aku tak terkenangkan kesedihan2 aku.. biarlah kesedihan itu tak terpancar dari wajahku supaya suamiku tak sedih. 

Aku fobia.. bila dua kali aku alami miscarriage ini. Aku rasa sangat takut.. sangat takut bila berjumpa dengan orang.. terutama kawan2 ak, jiran - jiran atau saudara mara.. ak berasa sangat takut dan aku sentiasa berdoa supaya aku tak terjumpa atau jumpa dgn mereka2 ini.. Bukan nak melarikan diri tapi aku sangat malu dan rasa rendah diri setiap kali berjumpa mereka.. Aku malu sebb ak masih tidak punya anak dan sering m/ carriage. Ada teman2 yg baru shj bernikah tapi sudah punya anak.. aku malu.. Aku sedih bila setiap kali teman2 bertanyakan soalan “ANAK” pada aku.. Itulah Sebab nya aku sentiasa melarikan diri, sembunyi atau mengelak bila nk berjmpa dengan mereka ini. “Jutaan Maaf buat teman2 yg menerima layanan dingin ak terhadap kalian.. bukan aku sengajakan TETAPI aku sgt merasa Rendah Diri dan Sedih.. Kesedihan yang Teramat!..Maafkan Aku Temanku!!

Tuesday, October 7, 2008

Salam Aidilfitri..Minal Aidil Wal Fa'idzin!

Salam aidilfitri..
buat semua sahabat - sahabat & ahli keluarga yang tersayang, semuga lebaran ini membawa sinar baru dlm hidup kita...
~ Lebaran ini kami suami isteri telah pun berpindah ke rumah sendiri..syukur alhamdullilah..
~~ kepada familiku sayang.. terima kasih sbb bersusah payah bertungkus lumus dalam operasi pindah uma haritu..thanks bebyk!!terutama mama & alang..ma, thanks for the lovely antiqs cupboard!
~ tahun ni tade la raya sakan sangat.. cuma buat persiapan sikit2 aja.. almaklumlah kami baru pindah uma..dan haikal pun tade..jadi raya thun ni mmg tak best dan tak meriah..cuma aku buat2 happy supaya hubby ak tak sedih...persiapan simple aja..kuih2 pun beli sikit2 je.. buat ada lah 2 jenis..yg lain beli..
~thun ni aku dn hubby pakai kaler ijau..buat bj kurung jek..itupun last minute g tmpah..tade mood la..ak ni..kalo terkenang haikal..semua nya jadi sayu..hati ni tak boleh nk terima lagi dugaan nih..susah bg ak nk terima..
~ ok lah.. rasenya tade pape lagi nk tulih..sat g nk post bulletin utk Fs lak..

~ salam aidilfitri minal aidil wal fa'idzin...semuga kita semua sentiasa dlm rahmat Allah Swt...


"Buat suamiku,...sesungguhnya kasih sayang ini hadiah istimewa buat mu sayangku.."Lebaran ni lebaran yang duka.. cuma kita yang tahu...namun aku masih mengharapkan sinar mentari baru untuk kita berdua ya.."

Thursday, July 31, 2008

dalam seminggu..seribu satu kisah!


me & hubby!
salam..



rasanya dah lama benar aku tak menulis dlm blog nih..

alhamdulilah.. sekrg nih aku da keje ni pumnomt. clerk bese2 je.. da tukar title la kiranya..dulu dapatlah duk satu bilik seorang siap ngan econd sejuk.. skrg nih duk kat partition bese2 jek..tak pe lah..aku redha..janji Allah masih beri rezeki yang tak putus2 buat aku & suami..aku bersyukur...



Buat masa ni mmg bizi.. sbg org baru keje baru tempat baru..mmg la byk yg kene blajau wplun sblm ni mmg aku da tahu la sikit2 hal2 politikus nih..

almaklumlah sekrg nih da sibuk ngan mesyuarat cawangan dan laporan2 perlu disiapkan segera. kdg2 aku terfikir sampai bila aku nk duk dlm politikus2 nih? aku da tanak da rasanya terlibat.. tapi nk wat camne.. dah tade rezki aku ditempat lain..puas da aku apply, tapi cam suram jek.. agaknya susah sbb aku da married..company pun takod nk amik kije..huhuhu tapi aku tak kesah as long i have a lovely hubby & famili..that's is more important to me! Dengar2 member2 seme yg lom kawen asik duk tukar2 keje yg lbh baik.. derang leh laa.. travel jejauh..cam aku..dulu lom married mmg la bebas nk g keje maner pun..but there must be a reason kan.Allah menjadikan sesuatu tu ada sebab musabab nye..



citer pasal aku lak jek kan.. meh citer pasal rumah plak.. skrg ni kami mmg excited gile nk pindah umah baru.. tapi tu lah lawyer lambat betul la buat kije..aku rasa nk penampar je kat dia.. huhu.. byk juga brg2 yg aku da beli utk rumah baru..rasa excited sesgt sbb nk decorate uma baru aku nih. nk buat ala ala decoration kat tv..umah yg modern stlye..hihihi.. ada juga brg2 cam frame, kusyen dan bingkai cermin yg aku beli dari kayu jati, tapi takod gak tak sesuai..papepun..aku mmg taksabar nk pindah..

lps dpt s&p uma, aku nk renovate skit uma tu, mama da setuju nk sponsor kabinet dapur & sinki. aku dan hubby lak buat tiles baru dlm bilik..serta renovate toilet..



k lah..nk kuar sat..

see in next article.!

mauackhh!!