Salam..
Thursday, April 23, 2009
Yuhu...~~
Salam..
Sunday, March 22, 2009
monday! isnin! @ senin..
Wednesday, March 4, 2009
kadang kadang...
kadang2 tak semua benda yang kita inginkan akan jadi milik kita..
kadang2 tak semua milik kita akan jadi milik kita buat selamanya..
kadang2 tak semua yang bakal menjadi milik kita akan terus menjadi milik kita..
sesungguhnya Allah yang MAHA Mengetahui..kita sebagai hambaNYA kenalah redha dan terima ketentuan NYA..walau seberat mana dugaan yang kita terima & hadapi..pasti ada hikmah disebalik semuanya itu..Jika Allah memberi dugaan pada kita, semestinya ALLAH tahu yg kita akan dapat pikul dan terima dugaan tu..
adakalanya orang yg dekat dengan kita pun tak mengerti hati dan perasaan kita..apatah lagi org yg jauh dengan kita.. begitu pun dengan sahabat, teman, kawan atau apa2 lah..walaupundia sgt dekat dan akrab dengan kita, tak semestinya dia akan faham situasi atau keadaan semasa kita.
Kadang kala juga.. orang yg selalu memuji kita itu lah yg satu hari nnt akan kutuk2 kita..
kadang kala juga orang yg kita benci akan membantu kita ketika kita dalam kesusahan..
hidup ini bagaikan roda.. terkadang diatas terkadang dibawah.. terima lah hakikat sekiranya sesuatu musibah yg menimpa disaat anda sedang menerima kemashuran..
hati & perasaan ini adalah bagaikan bunga segar.. jika dijaga ia akan segar jika dibiarkan akan layu..
begitu juga aku dan diriku....kdg2 aku gembira..kdg2 ak sedih.. tapi bila sesuatu yg terjadi akan kerap aku fikirkan..kenapa aku? kenapa sesuatu yg terjadi itu menimpa aku??kenapa bukan org lain..ada teman yg mengatakan aku seorg yang tabah dlm menghadapi dugaan.. tapi kebenaran nya, aku ialah lemah..aku lemah..ak tak boleh menerima kenyataan hidup ini.. aku sering menangis sendirian..aku meraung mengenangkan nasib anak2 ku itu.. apalah daya aku utk melawan takdir ALLAH..biarpun aku sedih hingga ke hari ni masih meratapi kenangan itu, namun tidak sekali2 aku tunjukkan pada suamiku kerana dialah insan yg menyayangiku, menceriakn ku, menasihatiku, dan sanggup berkorban utkku..biarpun aku ceria bila bertemu teman2 bercakap senyum dan ketawa.. tetapi sesungguhnya ak tak mahu mereka tahu dan rasa kesedihan aku..biarlah aku pendam dan simpan segala ksah duka aku..hanya aku..hanya aku yg tahu perit dan deritanya dugaan ini.. DAn hanya dengan menulis di blog2 atau di panel2 sahaja yg dapat aku luahkan isi hatiku....biarlah..biarlah aku yg sedih..aku tak mahu org2 yang menyayangiku dan org disekelilingku merasa kesedihan ku ini...
Monday, March 2, 2009
Cerita Ceriti..
Sunday, February 8, 2009
Sesuatu Yang Hilang....
Qada’ dan Qadar, Dugaan dari Allah untukku dan suami..
Sudah 18 hari Qistina Hanani meninggal kan aku dan ayahnya.. terasa kosong hati ini.. sayu hati ini mengenangkan anakku ini. Saat aku mengetahui yang aku hamil kali kedua (selepas 4 bulan kehilangan Haikal) aku & suami adalah org yg paling bahagia dalam dunia.. namun..apakan daya kegembiraan yang sangat aku dambakan dipinjamkan seketika sahaja oleh Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.. Aku Redha dalam kesedihan, kepiluan dan terlalu memikirkan kenapa aku yang dipilih Allah untuk menerima dugaan sebesar ini.. Apakah salah aku dan suamiku..apalah dosa si kecil itu.. Aku.. ibunya.. tersangat mendambakan suara tangisan si kecil itu.. tapi apa yg aku dapat ialah hanya tangisan ku sendiri!! aku terus dirundung malang.. aku tak terdaya menanggung dugaan MU YA Allah!! aku tak mampu!! aku tak mampu menanggung segala seksaan jiwa ini.. Ya Allah!… Ampunkan aku Ya Allah Ampun kan segala kekhilafan ku ini!! sesungguhnya aku insan dan hambamu yg sgt kerdil!! yang terlalu inginkan keredhaan mu! Ya Allah… hanya pada MU aku memohon! aku merayu! Hilangkan lah duka hati hambamu yg kerdil in!
Doa Dari Hati Seorang Ibu Yang Terluka….
Doa Dari Hati Seorang Ibu Yang Terluka….
February 4, 2009 by aqiedahluv
Doa Dari Hati Yang Terluka…
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang Ya Allah….
Seandainya telah Engkau catatkan….
Dia milikku tercipta buatku….
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi….
Seandainya telah Engkau takdirkan ….
Dia bukan milikku….
Bawalah dia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah dia dari ingatanku….
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan….
Menolak bayangannya jauh ke dada langit….
Hilang bersama senja yang merah….
Agarku sentiasa tenang….
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan….
Adalah yang terbaik untuk ku…
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui….
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini….
Ya Allah…..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku….
Di dunia dan di akhirat….
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian….
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah….
Ya Allah…..
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka….
AMIN…AMIN…AMIN…. Ya rabbal ‘aalamiin…Ya Allah..Bantu la HambaMu yang Naif ini..
Anakandaku, Muhammad Haikal B. Murshidi & Qistina Hanani Binti Murshidi, ibu terlalu rindu anak – anak ibu!! Terlalu rindu sayang! Ibu merana.. ibu kecewa.. ibu sayang sangat anak – anak ibu!! Ibu sentiasa mendoakan anak anak ibu akan sentiasa bahagia disana..
Matahariku..
“Tertutup sudah pintu, pintu hatiku, yang pernah dibuka waktu hanya untukmu, kini kau pergi dari hidupku..Ku harus relakanmu walau aku tak mahu..”
“berjuta warna pelangi didalam hati, sejenak luluh bergeming menjauh pergi, tak ada lagi cahaya suci, semua nada beranjak aku terdiam sepi..”
“Dengarlah Matahariku, suara tangisanku, kubersedih..”
“ucapkan Matahariku puisi tentang hidupku..tentang aku yang tak mampu..menaklukan waktu…”
| Lirik Lagu ni buat aku sgt sedih.. bila ak dengar tone lagu ni pun buat ak menangis..sedih sgt2.. tentang hidup.. tentang kasih sayang..yang berlalu pergi.. tentang anak2 ku yg pergi meninggalkanku dan ayahnya. Entah bila atau sampai bila harus ak tangisi..tapi inilah hakikat nya.. takdir aku.. Aku tahu aku harus lupakan semua ini tapi aku tak berdaya, hanya mulutku saja yg mengatakan ak redha dan aku mampu bertahan tapi hakikatnya.. aku simpan dalam hati aku. hingga kadang ak meraung sendirian mengenangkan anak2 ku itu.. Betapa ak amat sayangkan Muhammad Haikal dan Qistina Hanani. Cuma Allah yang tahu perasaan dalam hati aku.. aku tak sampai hati nk buat suamiku sedih.. kasihan dia.. dia sangat sedih dan bila aku bercerita pada dia tentang kesedihan aku mengenai anakanda2 kami, dia akan sedih dan menangis..aku tak sanggup lihat kesediahn dan air mata suamiku.. sesungguhnya Allah telah kurniakan aku seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab dan sangat setia pada saat aku lemah dan tak terdaya. Aku tahu dia sedih, tapi ak tanak tambah lagi kesedihan hati dia, aku pura2 gembira, supaya dia tak sedih. Buat masa ini memg ak sentiasa buat semua kerja rumah, aku buat2 sibuk, kemas rumah, masak, aku kemas almari dan buat mcm2 keja supaya aku tak terkenangkan kesedihan2 aku.. biarlah kesedihan itu tak terpancar dari wajahku supaya suamiku tak sedih.
Aku fobia.. bila dua kali aku alami miscarriage ini. Aku rasa sangat takut.. sangat takut bila berjumpa dengan orang.. terutama kawan2 ak, jiran - jiran atau saudara mara.. ak berasa sangat takut dan aku sentiasa berdoa supaya aku tak terjumpa atau jumpa dgn mereka2 ini.. Bukan nak melarikan diri tapi aku sangat malu dan rasa rendah diri setiap kali berjumpa mereka.. Aku malu sebb ak masih tidak punya anak dan sering m/ carriage. Ada teman2 yg baru shj bernikah tapi sudah punya anak.. aku malu.. Aku sedih bila setiap kali teman2 bertanyakan soalan “ANAK” pada aku.. Itulah Sebab nya aku sentiasa melarikan diri, sembunyi atau mengelak bila nk berjmpa dengan mereka ini. “Jutaan Maaf buat teman2 yg menerima layanan dingin ak terhadap kalian.. bukan aku sengajakan TETAPI aku sgt merasa Rendah Diri dan Sedih.. Kesedihan yang Teramat!..Maafkan Aku Temanku!!